28 February 2015

#BloggerTalk : Kawan Media Sosial

Assalamualaikum.

Amboi. Sumpah lama betul aku tak menulis kat sini. Rindu dan atas sebab kekangan masa yang sangat sibuk, aku terpaksa melupakan sikit hajat nak aktif. Nak pulak, aku ada masalah beberapa minggu ni. Alhamdulillah, aku perati je si Padil Penyu tu dok provok mende tah kat group Sahabat Blogger, dan tetiba Amal Espraza plak dia dengan baiknya mencadangkan segmen #BloggerTalk ni. Amboi. Aku tak fikir panjang, terus nak join.

Untuk permulaan, temanya Kawan Media Sosial. Okay, aku malas nak kupas panjang-panjang. Seperti yang semua tahu, sekarang ni zaman Gen Y. Semua benda kalau boleh nak bersosial di laman maya. Entah dia tu ada ke tidak kawan in real life, aku pon kurang pasti. Mana kawan Facebook lah, Twitter lah, Myspace lah. Eh, ada lagi ke yang main Myspace? Lol.

Pada aku, ia ada dua cabang. Baik dan buruk. terpulang kepada kita nak ambik yang mana. Kalau cerdik, dia akan fikir positif. Kalau bangang sikit, kerja dia nak negatif saja. Gittew. Jom tengok sikit apa baik buruknya ada kawan media sosial ni.

1. Menambahkan ramai kawan dan rangkaian sosial. Kat sini maksudnya, lagi kau ramai kawan, lagi besar kau punya rangkaian. Ni kalau nak main kabel ni, power jugaklah. Tapi jangan lupa, lagi ramai kawan, lagi banyak masalah akan timbul nanti. Sebab tak semua kawan di media sosial tu boleh dipercayai.

Sebagai contoh, kat Facebook. DP kemain lawa nokharom, tapi sekali pondan. Contoh lain, kat Twitter. Ko tengok tweet dia, amboi, alim ulama sangat. Sekali, yang sebetulnya, hipokrit. Dia pon copy paste tweet orang. Itu tak kira dia wujudkan geng dan kutuk kita secara berjemaah. 

Jadi, hati hati dengan geng geng kawan media sosial ni. Banyak yang pura pura dari yang jujur nak berkawan.
 
 Macam banyak sebenarnya, tapi yang ni satu saja point yang aku nampak paling rapat dengan kawan media sosial. Memang sengaja nak tekankan sebab dah ramai aku jumpa orang yang suka bermuka muka kat laman maya. Tapi aku juga ada kawan baik dari media sosial. Ya, dia saja yang betul kawan sebab memang nak kawan dan tak pernah burukkan orang. Serius!

Hati hati memilih kawan. Jangan sampai kita terperangkap k!

okay. Dah. Muah ciked! Lol.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

9 comments:

  1. Okay.. MYSPACE.. Ade lg ke ha? Terus nak cek.. Kikiki..
    -Geng #BloggerTalk

    ReplyDelete
  2. Betul tu sis. Kawan dekat alam maya ni kita kena lebih berhati-hati sebab kita tak kenal dorang dengan lebih dekat. Tapi tak semua macam tu kan. Hehehe btw, selamat berkenalan sis jannah. Jemput singgah ke blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. selamat berkenalan jugak wakkkk.

      betul. ada yang boleh jadi kamceng sampai skrg!

      Delete
  3. hahahahahha... setakat ni... ni la kot entry dengan ayat paling slumber on geng #BloggerTalk entry... hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah terima kasih amiaaaaaaaaaaaaaaa! muah cikeddd!

      Delete
  4. kawan alam maya ada yang ikhlas dan ada yang tidak. jejaga. ada yang memerhati. :p

    ReplyDelete
  5. Betul kata jannah tu kak ekin setuju hihihi... tajuk ni kak ekin xsempat nk join

    ReplyDelete

Oh!Belog