10 December 2014

Kena Marah Dengan Bos?

Kena marah dengan bos lagi?

Asyik kena marah sampai aku jadi tepu. Sampai satu tahap bila kena marah, aku diam lepas tu aku blah duduk sorang sorang. Gi minum dulu. Lepastu sambung buat kerja macam takde apa. Hehe. 

Now Playing - Marah Bukan Sifatku, New Boyz

Tadi kena marah dengan bos. Anggaplah tu silap aku. Aku tak bagi apa dia minta. Ye, tadi aku kelam kabut. Bigboss bagi kerja lain dulu, lepastu bos dia pulak nak cepat sebab ada urusan kat bank, dokumen tu tak siap lagi -- aku nak salahkan dia sebab pukul 9 baru dia bagi, padahal dia dah tau dah dia nak pi dari semalam - tapi aku cakap kat sini je lah.
Flyers lupa nak bagi padahal aku dah sedia. The point LUPA tu yang aku ralat bila aku baca mesej dia lepas tu. Aku tak angkat call dia mula sebab aku pergi hantar barang kat department lain tapi tak bawa hp. Mana aku nak tau dia patah balik. Ralat sikit sebab cara dia marah. Macam aku ni betul tak guna. Takpa, ralat sikit ja.


Aku pernah tanya bos aku -- baru baru ni.

"Bos, awak ni memang suka marah orang eh?"

"Eh taklah. Saya orang yang susah nak marah. Tak pandai marah."

"Tapi pasaipa awak selalu marah saya?"

"HAHAHA. Hang tu tempat aku lepas marah. Dengan orang lain aku tak reti marah, dengan hang aku reti marah."

HAHAHA berbulu ja masa aku dengar dia cakap gini. Takpalah. Aku faham. Dia bos. Dia punya masalah nak fikir pasal company dia sangat banyak. Serabut. Dia nak marah makwe dia tak sampai hati -- jadi aku lah tempat lepas marah. HAHA.

Jan, redha je lah. Dia pon pernah cakap, 'Hang tau pasaipa orang suka marah hang?'. Aku geleng. Dia jawab, 'Benda ni lah yang mengajar hang erti kehidupan. Lagi banyak kena marah, hang jadi lagi kuat. Hang jadi lagi tabah. Hang jadi lagiiii matang.'

Nak buat apa kalau kena marah dengan bos?

Aku selalu motivate diri aku :

1. Sentiasa ada ruang untuk betulkan kesilapan.
2. Jangan ulangi kesilapan yang sama lagi.
3. Rasa malu depan kawan sepejabat. Tahan tahan.
4. Doa yang ringkas untuk tenangkan hati.
5. Pesan kat hati, aku boleh buat lagi baik dari orang lain.

Tapi kalau kena marah selalu -- aku yang tabah pon boleh down. Jatuh self-esteem. Gittew. Ambil yang positif. Dan nak tau tak?

Aku sebenarnya suka bila kena marah. Sebab dari situ aku tahu kelemahan dan kesilapan aku. Dan aku tahu, at least ada orang tahu aku ada kat situ. Kalau dengan marah aku boleh buat dia tenang, teruskan. Aku tak ambik hati pun dan aku bukan jenis ambik hati punya orang.

Jadi bos, nak marah? Silakan. Ini namanya kehidupan.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. boleh pula bos suka2 marah ek...pelik ni..

    ReplyDelete
  2. Aku kene marah ngn bos kadang smpai menangis :'(

    Abis malu ngn staf lain.

    ReplyDelete
  3. salam singgah. .tapi bos ana takut dengan ana. .kalau dia nak marah ana. .hee

    ReplyDelete

Oh!Belog