12 January 2016

#JannahTravel : Banda Acheh

Bismillah.

Hari ni baru rasa sempat sikit nak masuk rumah ni. Amboi dah bersawang ye blog ni. *tipu tipu habuk* Btw, sempat lagi ke tidak untuk aku ucap selamat tahun baru? Hehe. walaupun penghujung 2015 yang agak sendu bagi aku, dan permulaan yang boleh tahan so so, aku gagahkan juga diri aku untuk terus bangun. Eh gittew ~~

Jadi, azam tahun baru ni seorang Jannah ada satu azam utama, iaitu nak travel. Tak kisah lah pi mana pon, janji jangan duduk diam diam mereput. Penuhkan masa anda berjalan tengok dunia. Alang alang kita tengah sendu ni, molek lah tu bawak diri tengok tempat orang. Ye dak? Jadi, kali ni nak berkongsi pengalaman ke Banda Acheh.

Beli tiket last minit, pergi seorang diri, kebetulan ada kawan di sana, dan dia yang banyak bantu aku lah sewaktu kat sana. Hahaha. Tempat yang mana kita tak jumpa wanita atau gadis yang tidak berhijab, memakai seksi sendat dan sebuah tempat yang okay kalau engko nak lari dari bandar walaupun jem kat situ, ya rabbi, takmo cakap. Cuma akibat bajet yang kurang, aku tak dapat pergi ke Pulau Sabang.

So, it is my second time flying with Air Asia. So far, nasib tak delay kali ni. Kalau tak, memang aku berdosa asyik mengutuk. Sampai saja sana, kawan aku dah pick up dekat airport. Haha. Sampai saja, dia bawak aku melawat kuburan mangsa tsunami. Dia macam jakun kan, dahla pergi sorang, pastu jauh, pastu peghak lah. Hahahaha.


Kemudian, dengan tak mandi, ye lah aku flight 7 pagi, aku pergi airport malam tu dan semalaman aku tidur kat airport, mana dan nak mandi, terus pergi ke Muzium Tsunami. Macam macam perasaan dalam tu. You know what, sedih bila tengok keadaan masa tu. Memang zero Acheh ni. Tuhan bersihkan semua. Petangnya tu aku pegi ke kapal yang besar yang terbawa oleh air ke atas rumah orang tu. Besar beno. Tak boleh ubah dah dan jadi lah muzium sekarang.


Kemudian, penat, balik rumah sepupunya si kawan aku tu, lepak sana, mandi tidur kejap semua. Tapi dalam banyak banyak, yang paling best masa pergi Pantai Lampuuk. Sumpah, lawa sungguh tempat tu. Tak tipu lawa sangat.




Dan yang paling best kat Acheh ni, rasa kopinya. Menarik. Engko pegi saja lah mana mana, kopi bersepah. Kedai hipster saja. Hahaha. Dan sentiasa ramai orang. Buat peminat kopi macam aku, cun la tu lepak situ. Hahahaha. Dan datang sini, mesti kena try Mee Acheh. Menarik aku tengok orang makan. Hahahahahaha. Semua kat sini dijamin halal.

Yang paling lawak, kat sini pon aku hentam makan Wong Solo. Hah, sedap ya rabbi. 





Dan yang paling tak boleh lupa, aku makan kat tengah sawah. Aku taktau nama apa tempat tu, tapi makan nasi putih dengan ayam kampung goreng ja. Tapi sedapnya, hmm taktau nak cakap. Siap dengan kicap cap bangau tu. 


Insyaallah, satu hari nanti sampai lagi. Bagi aku jalan ke lain dulu. Aku malas nak update sebenarnya, tapi aku nak simpan sebagai kenangan aku. 


Kepada sesiapa yang nak melancong ke Acheh, boleh PM aku. Nanti aku bagi no contact orang kat sana. Okay?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog