16 May 2019

Kenapa Aku Memilih Untuk Menjadi Guru?

Bismillah.

Kali ni aku rasa nak berkongsi kenapa aku nak sangat jadi cikgu dengan korang. Mana tahu ada yang nak temuduga kelak, boleh baca point point ni ambik buat alasan korang. HAHA. Tapi ni jujur dari hati aku ye.

3 Sebab Aku Ingin Menjadi Guru.

Minat. Sesiapa yang kenal aku, akan tahu betapa aku suka gila jadi cikgu. Sejak dari sekolah rendah aku memang perhati je cikgu-cikgu aku. Paling aku ingat Cikgu Saadiah yang suka pakai baju matching dengan tudung dan kasut ye. Cikgu Rahamah pulak asyik tukar beg haha. weh, bukan sebab tu ja. Tapi memang aku minat sangat. Masa kecik-kecik aku kerja conteng dinding rumah tok kiah sampai kena bambu kot. Selalu Aiza, Norzie, Dekyah jadi mangsa jadi pelajar aku. Haha.

Pekerjaan yang Mulia. Semua tahu, guru ni adalah pekerjaan palingggg mulia. dan pekerjaan ini juga dipandang tinggi dalam masyarakat. Aku nak jadi sebahagian daripada itu. Dan, kita semua bermula daripada hasil didikan seorang guru tak kira la hang kerja besaq ka kecik kan kan? Even, kat rumah kita, mak kita sendiri adalah guru kita yang pertama kan?

Kanak-Kanak. Aku ni jujur cakap, bukan mesra kanak-kanak. Kawan-kawan aku semua tahu peel aku, jumpa budak ja aku akan jengil bijik mata sampai nangis budak hahaha. Tapi, budak budak semua suka aku hahahaha tak tipu weh aku habaq betoi. Tapi, hang tau dak bila hang mengajar kan, ada budak budak kan, hang tengok depa hang akan timbul satu rasa sayang dalam hati hang. Penat mana pun, hang akan rasa sayang sangat. Dan, budak-budak ni la yang akan doakan kita kelak tau.

Cukuplah tiga. Banyak-banyak buat apa. Haha. Kang nampak nipunya! HAHA.

Jadi, sempena 16 Mei ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru dan pendidik di dunia ini. Terima kasih, Cikgu. Mohon dihalalkan segala ilmu yang diberikan kepada saya. Semoga Allah sentiasa menjaga cikgu-cikgu, ustaz ustazah semua.

Terima kasih Cikgu yang pernah mengajar saya dulu sebab sekarang saya dah pandai mengeja dengan lengkap. Sekurangnya saya tak eja aku jadi aq. Dan saya akan pastikan anak murid saya mengeja dengan lengkap dan betul mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Tadika Kemas Cherok Tok Kun Atas
  • SK Juara, Bukit Mertajam
  • SMK Permatang Pasir 
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 
  • SRI Al-Iman
Selamat Hari Guru



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog