05 June 2020

Perjalanan Masuk ke Sabah Semasa Musim COVID19, Tarikh Yang Akan Diingati.

Bismillah.

Tarikh hari ini, tarikh yang aku akan ingat sampai mati. Betapa perjalanan aku hendak menggapai cita-cita ini bukan jalan yang mudah. Aku anggap ALLAH nak bagi aku lebih maka DIA bagi aku rasa semua ni dulu. Supaya aku tak cepat putus asa kemudian hari.

Memandangkan aku dah sampai awal lima hari daripada tarikh lapor diri 10 Jun 2020, maka, aku ada banyak masa terluang untuk kongsi dengan kawan-kawan yang bakal terbang ke Sabah khususnya. Sarawak aku tak pasti prosedur macam mana. Tapi, lebih kurang la kot.

Sedikit nasihat, tolong sentiasa update dengan PPD masing-masing ya. Mereka perlu tahu keberadaan kita di mana untuk memudahkan mereka menyusun pergerakan kita. Alhamdulillah PPD aku sangat membantu. Malah Guru besar dan GPK 1 sekolah aku juga bersedia anytime jika aku dah siap untuk lapor diri.

Seawal 7 pagi, kawan aku, Wahida datang ambil aku di rumah kakak untuk hantar ke KLIA. DI situlah aku berjumpa dengan lagi dua orang kawan yang akan sama pergi dengan aku iaitu Mek Akmal yang dapat posting ke Semporna dan Pakcik Petir yang akan posting ke Lahad Datu, sama dengan aku.

Tak sangka rupanya si Petir ni junior aku masa sekolah dulu. HAHA. Ini baru kali pertama kami berjumpa sebenarnya. Selama beberapa bulan ni kami hanya berhubung melalui WhatsApp sahaja. Tapi masyaAllah, kami punya riuh bersembang tadi macam dah kenal lama kot? Dah la KLIA tu sunyu sepi, suara kami saja dok dengar. Hehe.



Syukur Wahida ada pass masuk untuk berkeliaran dalam KLIA, kemain dia hantar kami sampai ke pintu masuk tau. Terima kasih Wahida. Nanti mai lawat aku na.


Thanks Wahida!

Diingatkan, TAK PAYAH ramai-ramai ke dalam KLIA sebab hang nak masuk KLIA tu kat pintu masuk tu, hang kena ada segala macam mak nenek borang dan dokumen. Hanya yang ada tiket sahaja dibenarkan masuk.

Kedai apa semua tak buka, hanya Marry Brown saja. Ya Allah, tahap kebulur kami tu, ALLAH saja tahu. Punya lahap makan hahaha.

Tepat jam 10, kami dipanggil masuk ke dalam balai berlepas. Masa ni Wahida dah tak boleh masuk. Sedih haha tapi macam tak pun.

Memang akan disemak setiap dokumen, suhu diambil dan jaga jarak sosial masing-masing. Pastikan dokumen lengkap. Kalau dah ada DPT tak perlu tunjuk IC. Kalau takde,, kena tunjuk IC.


Jarak di dalam kapal terbang juga jauh jauh. Satu row hanya seorang sahaja yang boleh duduk. Perjalanan dari KUL ke Tawau mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Syukur, hari ni cuaca sangat cantik. Cuma dari KLIA mendung.



Sesampai saja di Tawau, kami terus beratur untuk saringan dari KKM. Jika sudah buat test covid 3 hari sebelum ke Sabah, awak selamat tak payah kuarantin. Jika belum, kena kuarantin.

Macam aku dan Petir, kami di IPG TAwau sebelum orang majlis dari LD datang ambil untuk kuarantin di sana. Dan si Mek tu di Semporna. Dia terus ke Semporna lepas tu.


Dah selesai baru akan ke Imigresen untuk cop dan turun bawah ambil beg. Kemudian orang KKM tunggu dah kita untuk bawak naik bas ke pusat kuarantin masing-masing.


Sekarang, aku tengah tidur di atas katil dalam salah satu bilik di IPG Tawau. Esok pagi akan kena swab sebelum ke LD. Mungkin kalau semua okay, dalam 3-5 hari, dapatlah aku lapor diri macam yang dirancang.



Bad tak bad, esampai saja air takdak ni sampai esok pagi. Nasib kat KUIS dulu pakar bab tak mandi takdak air ni hahahaha.

So, sampai ketemu lagi. Nanti aku update perjalanan nak ke PPD Lahad Datu Pulak.

Untuk kawan kawan yang bakal terbang esok lusa ni, just pastikan beg cukup kilo dan dokumen semua lengkap. Okay? Dan, tabahla sikit je ni nak kena kuarantin. Dan swab ya pedih tapi okay lah hahahaha.

Tarikh hari ini, aku ingat sampai mati. Hehe.

Love,
Jannah,
IPG Tawau.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog