04 June 2020

Hikmah Calon Simpanan Interim

Bismillah.

Setahun yang lalu, pada tarikh ini, aku mendapat keputusan sebagai calon simpanan interim. Maksudnya di situ, sebelah kaki aku bakal menjadi guru, sebelah kaki aku tidak akan menjadi guru langsung. Tapi siapa sangka, aturan Allah itu sangat indah. Esok, 5 Jun 2020, aku akan terbang ke negeri di bawah bayu untuk urusan lapor diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Guru Interim (COS) DG41.

Aku tidak dapat jadi guru interim dini sebab Allah nak bagi aku jadi guru interim sekolah rendah. Dia tahu aku lebih layak di situ berbanding di sekolah menengah.

Bukan itu sahaja, aku dapat makluman, kontrak kali ini telah diupgrade dan jadi lebih baik dari sebelum ni. Syukur. AKu lepaskan jawatan tetap aku demi mengejar cita-cita yang aku impikan. Insyaallah, ada hikmahnya.

Alhamdulillah, urusan pelepasan jawatan aku juga dimudahkan oleh kerani sekolah aku. Nanti sampai di sana, aku hanya perlu emelkan surat penempatan kepada kerani sekolah. Lain lain dokumen, semua nanti emel kepada sekolah lama. Nanti la next update aku cerita tentang proses pelepasan jawatan pula.

Aku kan sebenarnya dah beli laptop baru. HAHA. Tapi second saja la, habuan untuk aku buat kerja. Jadi, bila dah ada laptop ni nanti rajinla aku update macam zaman study dulu. Laptop rosak mana mahunya aku update. Hehe.

Kawan-kawan, aku doakan korang juga berjaya dalam apa saja yang korang buat. Semoga kejayaan juga milik awak semua. Doakan aku!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

Oh!Belog