26 November 2020

Coretan Sang Perantau di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wahh, begitu bagi salam ye? Okay, ada yang tertunggu nak baca post terbaru ka? Aku ni bukan apa, lama tak menulis tu bukan sebab sibuk, nak kata sibuk tak sangat sekarang, cumanya aku jadi writer's block. Faham tak? Stuck. Aku tak tahu nak taip apa.

Tapi, kali ini aku semangat nak berkongsi kisah aku di sini. Tak semua orang dapat rasa pengalaman yang sama kan? Berbeza-beza. Tak gittew?

Sumber : Google Images

Jadi, aku akan bahagikan beberapa bahagian lah. Mana tahu satu hari nanti, ada adik-adik bakal posting ke sini, boleh dapat gambaran macam mana lahhhh keadaan felda di Sabah ni. Okay, korang dah sedia ke nak baca pengalaman aku yang tak seberapa ni?

KELUASAN GEOGRAFI. Pertama kalinya, korang bayangkanlah, keluasan Felda Sahabat ini saja berkeluasan lebih kurang 105,503 hektar lebih kurang luasnya Negeri Melaka yang mana keluasannya lebih kurang 1,664 km² . Tu baru felda ya, tak termasuk mukim lain seperti mukim bandar lagi. Hang bayangkan lah besar mana felda tu? Yang paling aku tertarik nama-nama setiap felda ni. Dia ada lebih kurang 55 felda juga dan ada nama nama tertentu. Macam aku, Felda Anjung Teduh, dalam tu ada Felda Sahabat 1 & 2. Dan begitulah seterusnya.

Ini antara nama nama felda yang aku kira sangat menarik kan? Bermula dengan Anjung Teduh, Baiduri Ayu, Cenderawasih, Desa Kencana, Embara Budi, Fajar Harapan, Gemala Pura, Hamparan Badai, Indera Sakti, Jeragan Bestari, Kembara Sakti, Lancang Kemudi, Mercu Puspita, dan akhir sekali Nilam Permata.

Jarak antara bandar ke felda ni lebih kurang 80-100km. Bayangkan kalau aku nak ke bandar membeli barang tu, aku dah boleh solat jamak qasar ya. Cukup haul orang kata hehe. Kalau di Semenanjung tu, ibarat aku dari Banting nak ke Kuala Lumpur, tapi masih tak boleh nak solat jamak, sebab masih belum cukup. Habis masa dekat jammed saja. Hehe.

Tapi di sini, kalau aku mau ke bandar, aku boleh niat jamak awal-awal, nanti solat di masjid saja, balik tak payah fikir. tapi korang baru rentas mukim la, belum rentas daerah. Besar kan Sabah ni?

Kalau korang nampak signboard ni, makna kata korang dah masuk ke kawasan kaklong!

KEMUDAHAN JALAN RAYA. Alhamdulillah, di sini sepanjang jalan dari bandar nak masuk ke felda, jalannya sudah berturap ataupun orang sini panggil asfal/aspal. Bukan Assafal ya, tu YB sini. Ingat tu!

Cuma....

Kita kena tahu keadaan muka bumi kat sini berbukit bukau tau. Fuh, dia punya jalan walaupun berturap, mai masa berlubang, hahaha, bak kata kawan aku dia ibaratkan macam kita tengah main game sambil memandu. Nak elak lubang punya pasal. HAHA.

Ya, gelak la. Aku dah rasa. Syok syok pecut, maklumlah takde kereta kan, tiba-tiba lubang. Lepastu, lubang lagi. Haha, ulanglah sampai abang jamil mampos bak kata P Ramlee. Tapi kali ni okay lagi, bayangkan sebelum-sebelum ni. Sebab tu sini ramai pakai 4x4.

Jalan masuk ke felda Anjung Teduh. Baru-baru ni kan popular sebab PKPD. Tiber.

Ini Felda Sahabat 1. Bukan felda aku.

Kat mana ye ni? Aku nak kena jelajah lagi felda ni. AKu pun tak tahu, Hehe.

Tapi jangan risau lah, tak la teruk sangat. Pengalaman best apa ni. Nanti kalau dah elok jalan, kita ada la benda nak cerita kan? Tapi itu jalan utama la, jalan-jalan lain tu ada lagi juga yang masih tidak berturap dan grabble. Jalan ke kampung misalnya.

Oh ya, lupa aku nak bagitahu. Lampu jalan kat sini pun macam benda rare. HAHA. Ye, gelap gelita. Bunyi cengkerik dan hang akan mengharapkan lampu kenderaan semata-mata ataupun, cahaya bulan saja la. Sepanjang jalan dari bandar ke felda, nan hado lampunya. Berdoalah semoga kereta tak mati masa kat jalan yang takde lampu ya.

Okay. next.

KEMUDAHAN AIR DAN ELEKTRIK. Alhamdulillah, syukur, tidaklah dahsyat sangat di sini. Semua ada cuma biasalah kadang-kadang tu culas juga diorang ni. Macam air Selangor asyik hilang. Eh? HAHA.

Kalau air di sini, yang aku perasan sepanjang aku duduk sini, kalau mai musim hujan, nanti tiba-tiba dia ada masa manja dia segan-segan nak keluar. Mungkin masalah paip kot. Tidaklah sampai kami kena angkut dari laut walaupun laut tu dekat dengan kami. Hehe.

Kalau untuk kemudahan elektrik ini, tak payah cakap di felda la, di bandar pun sama. Mai hari nak buat tahana, habis semua. Hehe. Ada satu hari tu, bulan lepas tak silap aku, dekat 9 jam elektrik putus. Sebab pencawang terbakar kot. Dah macam ofis hour kan? HAHA. Bayangkan seharian berpanas, bercerau peluh. HAHA. Kena pulak haritu tak hujan, berhuhu la kami.

Ada masa, setiap hari mesti wajib blackout sekurangnya 10 minit. Tapi kejap je la, tak lah lama macam haritu. Fikir balik nak tergelak rasa. Aku dengan housemate aku pakat lawan kipas tak ketahuan kami dibuatnya.

Sekolah aku? Oh ya, GB aku cakap, bulan 3 haritu baru masuk elektrik. Sebelum ni pakai generator. Fuh, padu kan? Pengalaman ni!

Bukan dia ni ye punca karan mati.

KEMUDAHAN TALIAN TELEFON DAN INTERNET. Syukur juga dalam felda aku ni, adalah the only pencawang yang aku boleh banggakan. HAHA. Talian internet 4G dan bar penuh kalau dekat dengan pencawang tu. Kalau tersorok sikit, line kurang sikit la. Tapi, ada juga tak dapat line langsung.

Yang geram sikit, kat sini Celcom aku perasan, amboi dia sejak dua tiga menjak ni kemain ye asyik no service. Sakit hati. Bayangkan seminggu sebelum kejadiah karan mati seharian, line telefon satu felda ni NO SERVICE. 24 jam tepat. Haaaa, dah la masa tu kami kena PKPD, langsung tak boleh keluar buat apa. Mati kutu juga kami tu. Nak isi link PDPR lagi, nak bagi kerja budak lagi. Naya betul. HAHA.

Tapi tak semua tempat la ada line. Kerajaan memang patut upgrade masalah line telefon dalam Sabah ni. Kalau aku dalam perjalanan nak ke bandar, lalu ladang dan hutan simpan tu, line memang takde la. Kalau jadi kecemasan tu, hang memang kena tawakal ja sapa sapa lalu dan tiada binatang buas menyapa ye.

Lagi satu, kalau hujan. HAHA. Hujan lebat atau ribut ke kan, bersedialah untuk ketiadaan talian telefon. Hehe. Best kan? Bercinta dengan alam kekdahnya. Ada juga kampung yang tiada line, kesian aku tengok anak murid aku nak jawab exam kena keluar ke jalan besar.

KEMUDAHAN PENDIDIKAN (SEKOLAH) Alhamdulillah, dalam ni ada banyak sekolah. Sekolah menengah buat masa sekarang ada dua saja iaitu SMK Desa Kencana di Felda Sahabat 16 dan SMK Tungku di Mukim Tungku.

Kalau sekolah rendah, ya meriah sis. Dalam felda aku ada satu iaitu SK Sahabat II (nama lama SK Anjung Teduh), SK Cenderawasih di Sahabat 7, SK Sahabat 4 dan SK Sahabat 16 yang terletak di Sahabat 16, SK Tanjung Labian, SK Fajar Harapan, dan SK Tambisan. Kebanyakan sekolah di sini berstatus pedalaman, cuma sekolah aku saja dikira luar bandar. Entahlah nak. HAHA.

Dalam felda aku ada juga PDK, Pemulihan Dalam Komuniti yang mana fokus kepada mereka yang ada disahkan OKU untuk pembelajaran mereka dan lain lain.

 KEMUDAHAN LAIN. Banyak juga kemudahan lain, cukuplah untuk yang asas-asas kan?

Kedai runcit, ada. Cuma barang limited. Kat bandar ye banyak.

Bank. Ada Maybank saja untuk apa-apa urusan. Bank rakyat tu ATM je satu.

Pejabat Pos. Ada tiga, Poslaju, J&T dan ABX. J&T dan ABX tu buka di kedai, macam ejen. Oh ya, di tunku dah buka J&T baru. Mudah la sikit nanti. Yang menarik kalau mau membeli online, kena guna alamat yang betul ya, jangan salah, Track barang sendiri, nanti barang dah sampai, J&T atau ABX akan mesej suruh ambil barang di kedai, poslaju saja kena alert sendiri. Beratur lah kome. Malas kalu, upah runner. Tiada posmen ya datang hantar kat rumah. Ingat tu!

KFC. The only benda yang aku boleh bangga kat sini, KFC. Mekdi takdo ye kawan kawan, mekdi terdekat di Semporna. Dalam 3 jam lagi hehe. Tapi kat bandar ada la KFC, Secret Recipe, PIzza Hut, Tealive (baru buka). Yang lain, harap sabar. Boleh diet aku kat sini.

Stesen Minyak. Ya, Petronas saja ada. Satu di Sahabat 16, satu di Sahabat 7, satu depan felda aku ni. Yang lain semua di bandar. HAHA.


Jadi, begitulah kehidupan aku kat sini. Berbeza sangat dari kehidupan aku di Selangor, KL, Penang dulu. Tapi buat awak-awak yang bakal posting kat sini kelak, jangan takut. Just hayati hidup kat sini. Dekat dengan alam. Dekat dengan pengalaman baru. Awak semua mesti akan seronok. Ke aku sorang je seronok kat sini? HAHA.

Kekurangan yang kita hadap sekarang ni la akan jadi satu kenangan terindah dalamhidup kita kelak. Sama macam aku mula-mula masuk asrama dulu. Serba serbi kurang. Tapi indah sangat memori tu.

Aku menulis ini untuk pembaca-pembaca di luar sana yang mungkin tak berkesempatan nak datang rasa keseronokan kat sini. Baca dulu, nanti COVID ni habis, korang datang okay! Okay, aku nak lena dah. Komen lah sepatah dua kata untuk aku.

Yang benar,
Jannah.
Perantau di Sabah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

13 comments:

  1. hai jannah...baru posting kat lahad datu yekk..sy dulu bekas pelajar sk shabat 16

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiiii aahhh baru jadi org felda ni wahhh mantap org sahabat 16

      Delete
  2. Saya baca posting awak, memang menarik dan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Ada banyak lagi nak kongsi tapi sibuk sangat. :(

      Delete
  3. Assalamualaikum cik Jannah,akak nak tya kat situ mana boleh cari rumah sewa ada ke kaw perumahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. di sana tu di mana? kalau di LD ni, ada banyakkkk mukim dan jauh jauh. kalau di felda ni mcm susah sikit mau cari kena tanya2. di bandar sana mungkin senang. kawasan perumahan mcm taman tu kat bandar saja

      Delete
    2. Sahabat 16 ada. wilayah area

      Delete
  4. Maksud akak di felda sahabat tu ada tak taman perumahan yg boleh cari rumah utk di sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area pekan Cenderawasih (SAHABAT 7)la kalo ada pon... Atau pun di SAHABAT 16

      Delete
  5. Ada tak taman2 perumahan yang terdekat dengan felda sahabat

    ReplyDelete
  6. Saya pernah bertugas kat Sungai Nipah dan Pulau Tambisan. Nak g sana kena ikut jalan dalam Felda SAHABAT ni la... Betul2 mencabar kerana waktu itu kemudahan asas amat terhad.

    ReplyDelete
  7. Welcome to the club....saya da nak hampir 10 tahun duduk tugas kat sini...dah biasa da....tapi cerita pengelaman mcm ni semua betul...apa yang di ceritakan tu memang benda yang betul...��

    ReplyDelete
  8. saya anak peneroka Felda Sahabat 16. parents kedua duanya dah tak ada. (alfatihah). sekarang planning nak duduk sana balik (20 tahun duduk kl) tolong adik jaga rumah orang tua. apa yang ditulis mmg betul. kami masuk Felda ni tahun 1989. masa tu jalan gravel, no electricity, generator pun tak da! sekolah menengahpun kena pergi jauh nun di SMK Tunku. sekarang, Al hamdulillah banyak dah fasiliti ada

    ReplyDelete

Oh!Belog