05 November 2012

Adakah ini MITOS semata?

Bismillah.

Sedang menghitung hari nak masuk kembali semester 6. Tak lama lagi dah. Menunggu keputusan peperiksaan akhir semester lepas. Eh, dah kenapa ayat tak skema pulak ni? Blergh!

Tetiba, masa sakan membaca timeline twitter, maklumlah dah tak ambik SPM kan, terbaca satu tweet minah ni. Hah, si Adiba ni la.


Hah, cuak tiga minit. Memanglah jodoh tu di tangan Tuhan, tapi cakap memang la senang kan? Terfikir lagi. Semester depan dah sem enam, kepas tu dah masuk final year. Jangankan buah hati, calon pon takde. Erk, calon? Ada kot, tapi silap orang. Boleh eh? Kahkahkah. Tak kisahlah.

Tapi boleh kan aku anggap statement atas tu mitos semata-mata? HAHA. Menakutkanlah mama hang Dib. Setiap tweet hang menghantui aku dibaaaa. Aku bukan memilih, tapi aku takut, YA, aku rasa aku takut untuk memberi komitmen. Bukan apa, hati ini pernah dilukai. Sekali dilukai, aku jadi fobia. Dan bila aku suka seseorang, aku silap langkah pergi suka dia. Milik orang tu weh. Tapi aku tak menyesal pun, malah aku happy. :) Ok, sudah. 

So, macam mana nak buat sekarang ni? 


Macam gambar kat atas ni. Take a smile. Prinsip aku yang aku pegang dari dulu, 'Senyumlah, tiada apa yang tak dapat diselesaikan.'

Malah, aku yakin dengan janji Allah. Aku tak boleh berputus asa lagi. Masih muda. Jauh perjalanan lagi ni. Pesanan ni penah diutarakan oleh Beliau. Aku masih ingat.

.....

Usaha, sudah! Sampai dia takut. Kahkah. Maafkan aku, ya?!

Doa, sentiasa ! Sentiasa. Tak pernah putus. Sampai depan Kaabah aku bawak doa tu, insyaALLAH.

Tawakkal, ya, ini masanya!

Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan..

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa..

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, Dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu..

♥ dirimu mendapatkan hatinya atau
♥ kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya.


Dan ini pesan dari seseorang dan aku pegang kemas sampai sekarang. :)

Jangan pernah memaksa orang lain suka akan kita. Jika mereka tak suka, kita terima sahaja. Redha. Itu hak mereka. Suka tidak semestinya sayang. Dan sayang juga tidak semestinya cinta.

Ada orang sukakan seseorang tu disebabkan agama, akhlak dan budi pekertinya. Bukan berbekalkan harta dan paras rupa semata-mata. Jika ada yang suka dengan apa yang kita lakukan, maka bersyukurlah. Itu nikmat dariNya.

.....

Kenapa rasa macam lari motif je? HAHA. Tak apa la. Tak dak lari jauh sangat. Masih sempat nak ligan. HAHA. Paham kan apa aku cuba nak sampaikan? Jangan risau. Yakin saja. Tapi jangan duduk saja. Tunjukkan kesungguhan. 

Hati kita, Allah yang pegang. Dia boleh buat orang yang kita suka jadi orang yang kita benci dalam sekelip mata. So, berdoalah. Sampai masa tu, pasti kita dapat kahwin jugak. 

So Adiba Munira, mohon jangan sedih apa mama hang cakap. Sebab kita sama kes. Mana tau jodoh kita sampai waktu kita kerja. OK? HAHA. Kbai.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

12 comments:

  1. so true jannah! :) huhu.. :) bersabarlah duhai hati.. TUHAN punya perancangan yang lebih baik.. kerana DIA lebih mengenali kita setiap seorang.. :)

    p/s: kiter tak de mood nk blogging.. tak tahu lah nape.. isk.. T_T nak delete blog syg..psl kiter slu jugak singgah kat blog kekwan.. cuma kita tak tahu nak update ape.. isk..

    ReplyDelete
  2. Cemana nak cakap ek... pasal jodoh ni.... dia akan muncul bila betul2 Allah tau kita dah sedia, bukan waktu kita sendiri yang rasa kita sedia. Kdg2 kita je rasa kita bersedia. Contoh mcm akak, dari umur awal 20-an akak terasa yang akak bersedia. Dari tahun ke tahun akak rasa akak mmg bersedia utk menjadi isteri, tapi pelik sgt kenapa masih liat nak dpt jodoh. BF pun takde. Umur 24, 25, 26 masih menanti. Ramai yang kata akak ni agak comel [wekk. perasan kejap]. Akak tgk pun ramai yg dah kawen dan ada bf bukan cantik mana pun. Lepas tu, kalau dari segi masak, boleh la skit2. Dan akak sedia nak belajar. Kerja rumah pun akak rasa akak lagi rajin drpd kebnyakkan orang yg dah kawen. So, kat mana silapnya? Akak betul-betul rasa dah bersedia ni...

    Umur makin lanjut. 28, 29 masih tak nampak tanda2 akan menamatkan zaman bujang. Hati risau ni tuhan je tau. Cuma yang tak menambahkan beban sebab mak abah akak jenis yang tak la beriya sangat mendesak suh kawen. Derang relax je. Waktu tu... setiap lelaki yg akak nampak, akak akan terlintas, adakah ini jdoh aku? Masa tu bila suka org akak berusaha juga amik hati mereka sampai berlebihan. Dan mungkin sama mcm jannah, mereka jadi takut dgn akak.

    Last skali bila umur 30 thn, akak dah rasa penat. Akak dah mula cool. Dah tak sibuk lagi nak memikirkan pasal jodoh.. Semua dugaan yang datang akak relax je. Setiap yang berlaku akak fikir daripada sudut yang positif.... waktu itu akak hanya serahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Akak takde suka sesiapa. Akak takde rasa beriya nak kawin, kalau ada ada la... kalau takde pun akak terima. Masa ni tiba2 dtg lamaran drpd kawan akak. :). Kawan yang akak suka juga kerana akhlaknya baik, cuma belum cinta lagi.

    Bila tiba masanya... semuanya jadi mudah. Bila tiba yang sesuai utk bertemu jodoh, Jannah akan faham apa yang sebelum ni Jannah rasa dah sedia tu, sebenarnya long way to go daripada sedia. Akak waktu tu baru sedar yang selama ni hanya akak rasa akak sedia utk kawen, tapi akak terpaksa akui yg waktu umur 30 thn tu la yang akak benar2 bersedia. So, relax okay. InsyaAllah ada jalannya. Serahkan diri sepenuhnya kepada Allah.

    ReplyDelete
  3. mmg jodoh Allah tentukan, tapi kita sbgai manusia pon kena ada iktiar nak kena cr kan :)

    i.allah tiba masanya mesti ada kan :D

    ReplyDelete
  4. Jodoh, ajal maut semuanya dah tertulis sejak kita dalam kandungan ibu kita lagi. So, tak perlu nak risau, kot hehe. Risau2 jugak, yang penting baiki diri kita dulu, insyaAllah yang terbaik akan datang untuk kita. Nak kongsi satu doa untuk awak, baca lepas solat :

    Ya Allah, hadirkanlah seorang insan lelaki yang terbaik untuk melamarku, condong hatiNya ke arahku kerana kebenaran kalamMu yang Qadim.

    InsyaAllah.. Hehhehe =)

    ReplyDelete
  5. tetibe rase sayu pulak bila bace . hukhukhuk T_T

    ReplyDelete
  6. Jodoh, rahsia ALLAH. kita hanya mampu berdoa. Alahai, touching pula baca post ni. This my favourite post! :)

    ReplyDelete

  7. hee setiap org de pasangannya. cam incek liquid dulu, dh hbs blaja baru jmpe ehehehe

    ReplyDelete
  8. Ada sebab kdg tu Allah belum temukan jodoh utk kita. Fikir positif je. Akk dulu pun pernah taknak kawin kerana frust, putus tunang dan mcm2 masalah. Tapi akhirnya berjodoh dgn org kelantan, pdhal akk tak minat org klntn.
    Janna...kdgkala lelaki yg beragama ni pun bukan boleh percaya sgt. Dah kawin keluar true kaler dia.

    ReplyDelete
  9. Bru 1st time dtg blog cik jannah.. Hehe. Skodeng sat :D

    ReplyDelete

Oh!Belog