17 March 2013

#SuratUntukDiri 1

Bismillah.
 
Cubaan menghantar luahan isi hati. Selain di blog, aku cuba menulis di sana pulak. 
 
 
 
Dear JS,

Satu demi satu perkara kau sayang hilang.
Satu demi satu perkara kau sayang pergi.
Satu demi satu perkara kau sayang jauh.

Tabahlah duhai hati. Jauh di sudut hati, kau menangis walau kau tak zahirkan di mata kau air mata kesedihan itu. Kau seorang yang kuat. Perlu apa kau menangis jika kau yakin Allah ada untuk menemani kau? Kuatkan hati, jangan kau menangis kerana perkara yang tidak kekal. Lap air matamu.

Kau kehilangan abah ketika berumur 8 bulan. Kau jua tidak pernah merasakan kasih sayang beliau. Tapi kau kena bersyukur, JS. Sekurang-kurangnya, kau tidak berdosa dengan abah kau.

Kau kehilangan baju, jubah, dan beberapa benda lagi. Kau belinya dengan duit kau sendiri. Tidak sampai 3 bulan. Tapi bersyukurlah. Kau telah bersedekah. Niatlah baju yang ‘hilang’ tu sebagai sedekah, JS.

Ingatlah JS.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.’ - Surah Al-Baqarah: 216.

p/s : Dia akan ganti lebih baik untuk kau, JS.
 
 
 

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. Surat untuk diri? Ramai jugak yang amik peluang untuk joined aktiviti macam ni. Nak buat jugak, pesanan untuk diri :)

    ReplyDelete

Oh!Belog