20 September 2013

Sedekah

Bismillah.

Berehat sekejap dari FYP. Ah, serabutnya segalanya. Dua tiga hari tak lalu makan. Terlalu tension sampai satu tahap aku rasa nak terus berhenti. Sampai satu tahap, aku keluar cc nak cari kasut aku je dah dekat 3/4 minit. BLUR. Dan sampai satu tahap jugak aku takdan makan, bila jalan terus nampak kelabu mata. Dengan tidur tak cukup. Ah, tak bagusnya Jannah. Tak bagus.

Teruk sangat ni.

Jadi, apa khabar iman hari ni? Makin bertambah atau berkurang? Hehe. Harapnya, kita istiqamah. Okay? Cuma ada sedikit perkongsian nak kabo. Teringat pesanan daripada Puan Zaharah, pensyarah Multimedia on The Web dalam kuliah teriakhir beliau untuk sesi pengajian semester ini -- Sedekah.

Bersedekahlah selalu. Kalau kita tak dapat bersedekah untuk manusia, bagi sedekah/makanan dekat kucing ke burung ke. Kalau takde duit sangat pun, sedekah senyuman sikit. Paling senang, sedekahkan al-Fatihah setiap hari, setiap pagi dan malam untuk ibu bapa kita, untuk sahabat-sahabat, untuk saudara kita, untuk semua umat Nabi Muhammad saw. Sedekah itu pun dah banyak sangat pahala.'


Kita ni kalau sebut SEDEKAH, yang kita ingat, kena bagi duit saja. Tu kadang-kadang kita jarang bersedekah. Dan, bila bersedekah, bukan bermaksud kita bagi barang-barang atau baju baju lama kita yang kita takmau pakai dan nak buang tu ke orang lain, bukan bukan. Tapi kita bagi barang yang orang perlu atau apa yang kita ada utk bantu mereka. Tapi takpela kalau nak bagi baju lama pon. Tolong orang kan?


Paling simple. Sedekahkan al-Fatihah. Itu di mana saja dan bila bila masa kita boleh buat. Senyum juga satu sedekah. Tapi kita ni jarang senyum kepada orang yang kita tak kenal. HAHA. Aku sendiri lagu tu aih. Tapi la ni dok mula senyum bila selisih dengan orang. Tengok tempat dan masa jugakla. Sat lagi orang kata aku gila pulak.

Jadi, bagi aku, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan dapat. Allah dah janji kan?


Haaaa, ni dia, aku dah pernah tulis entri pasal memberi ni. KLIK SINI

Rasanya setakat ini dulu. Aku nak kembali ke alam nyata. Aku akhiri dengan sedikit video di bawah. WAJIB tengok. Deep maksud dia woi!



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

  1. Lagi satu, kalo bersedekah.... jangan kisah sangat pada siapa sedekah kita tu. Kononnya takut yg minta sedekah itu adalah sindiket ke. Takpe. Bagi je. Yang penting niat kita dah tertunai dan harta yg kita dah berikan tu dah tak ditanya lagi. Kalau org tu tipu kita, dia plak yg akan disoal nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    betul sangat entry ni..kadang-kadang ramai yang takut memberi sebab takut 'harta' habis..sedangkan semua tu datang dari Allah kan..

    Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    thanks!

    ReplyDelete
  3. Apa kata kita siap bajet dlm RM10 tiap2 bulan.. sedekah. Tak kisah la memana pon nak kasi. Setakat RM10, kita bajet beli mkn tiap2 hari pon dah lebih RM10.

    ReplyDelete

Oh!Belog