05 November 2013

#TripSMUM : Sabah Part I & Part II

Bismillah.

Hai. Lama kan tak update? Bukan takde idea, idea tu melimpah. Tapi sibuk dengan dunia nyata, gittew. Nak nak line internet pon macam siput babi. Tapi post kali ni nak kongsi pasal percutian kami ke Sabah baru baru ni. Minggu lepas, 23-26 Oktober 2013. Kami? Oh ya, semua budak kelas aku. Sempena semester akhir ni.

Alhamdulillah.

Kali ni kami pi Sabah seramai 15 orang. So far, bajet kami semua dalam RM300-+ saja. See, menarik kan? Ramai, jadi murah la kann. Hehe.

RM 130 untuk tiket flight pergi dan balik. Kami memilih Malindo Air untuk membawa kami ke sana. Pendapat aku, flight dia agak selesa. Kerusi luas sedikit dari MAS. Air Asia taktau sebab tak pernah naik. Flight attendance dia agak seksi di sebalik kebaya yang dipakai. Eh? HAHA. Cuma masa pergi tu, landing dia tak berapa smooth la macam aku selalu naik MAS. Mungkin baru lagi kot.


Bagi perempuan, kami kutip sorang RM200. Bagi lelaki kami kutip RM160. Sebab bezanya, kami semua duduk homestay, depa duduk bilik. Ala, lelaki empat orang je kan? So masa tu kat tangan aku ada dalam RM2k++ jugakla. Untuk tiket flight dah selesai sebulan awal jugakla. So, tak masuk kuota ye.

Untuk bayaran 1 malam homestay di KK + 1bilik Tune Hotel + 1bilik di Kundasang untuk dua malam (lelaki) dan dua buah rumah untuk perempuan selama dua malam di kundasang hanya RM868.

Oh ya, di Kundasang kami menginap di Mesilou Atamis. Betul-betul di kaki gunung Kinabalu. Buka pintu saja, nampak puncak gunung. Serius, cantik! Dan sejuk tak payah cakap la. Pijak lantai bermarmar pun tak boleh! Nak mandi ka kencing ka, lagi la. SEJUK! Yang lelaki menginap di bilik. Satu malam RM20 kot tak silap. Aku lupa.
 

Kalau sapa rasa nak pi Kundasang dan rasa kesejukan yang sangat sejuk dan jauh dari bandar, bolehla telefon orangnya. Pi LIKE FACEBOOK depa.

Hari kedua tu, kami ke pulau. Mai Sabah kena la pi pulau. Baru boleh cerita! HEHE. Kami pi dua pulau saja, Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Serius, subhanallah. CANTIK! Air jernih nampak ikan warna warni. Haaaaa, cantik!

Bayaran yang dikenakan hanya RM12 seorang sekali goggle dan life jacket. Oh, ini bapa Zaid settlekan. Kami pi deal ngan Encik Arman je kat area Pasar Filipina. Aku tukang bayar je. Oh, ini masih masuk dalam bajet. Dalam RM570 je untuk snorkelling. Bila nak masuk pulau kena bayar sorang RM3, so, masih dalam bajet tu.

Ni dia, aku jamu sikit dengan pemandangan di Pulau Manukan dan Pulau Sapi.






Dalam sejam setengah, kami naik bot yang bawa kami tadi ke Pulau Sapi. Guess what, Pulau Sapi ni LAGI cantik dari Pulau Manukan. Serius! Aku dah jatuh cinta dengan Pulau Sapi.



Disebabkan kat Pulau Sapi takdan tangkap gambaq, sampai sampai ja depa terjun masuk terus, jadi, aku tunjuk sikit la bukti sampai Pulau Sapi ni. Tengok ayaq dia. Cantik. Dan maafkan kawan kawan aku, depa sangat suka bergambar! HEHE.

Kemudian kami sempat singgah sat kat Pasar Filipina memborong segala ikan masin mutiara bagai sebelum berangkat ke Kundasang. Oh ya, aku belum kabo pasal kenderaan kan? Kami sewa van sepanjang kami kat sana. Dicas RM600. MURAH! Van tu elok, besar. Cuma sempit sebab menang ke beg. HAHA. Memang masa ni nak tengok ukhwah tu. HAHA. Minyak pun dalam RM150. Itupun lebih lagi. Masih dalam bajet. 

Yang banyak duit dok guna part shopping ja. HAHA. Aku jarang sebut pasal makan sebab kami pi bukan nak cari makan. Memang nak pi berjalan kan? So, kami makan ja kat mana yang halal dan sedap. Murah tu kami tak jumpa. HAHA.

Masa kat Kundasang, kami dan la pi Desa Dairy Farm. Ya, ladang lembu gemuk hitam tompok putih. HAHA. Sejuk sangat pagi tu. Dan la pi beli susu segar yang sedap cuma takdan perah susu sebab petang baru ada. tiket masuk hanya RM3. Masih dalam bajet. Lepas tu kami ke Ladang Strawberi. Oh, ini tak menarik sangat. Biasa je. Mende nak tengok bunga ros ngan buah. Bukan aku minat bunga. Hehe. Masuk RM2.

Jom la jamu mata dengan kami punya kerja.







Yang Rumah Terbalik tu kami dan lalu dok kat luaq ja la. Kami tak plan nak masuk pun nak nak kena bayar RM10-RM15. Tu satgi lari bajet. Dan tangkap gambaq kat luaq okay dah. Oh ya, kat Poring Hot Spring di Ranau dan Teh Sabah jugak memuaskan. Eh? Tapi kat Hot Spring tu sedap la. Ayaq Panaih!

Okay, macam panjang je macam panjang je entri kali ni? Over!. Saja nak coretkan kenangan kat sini. Sekurangnya nanti ada benda aku ingat. Wuuu, i'll miss this moment. RINDU.

Terima kasih sahabat SMUM. Nanti kita plan pi ke lain pulak. Kita buat paling murah macam ni. HEHE.

Okay. Chow!


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. Salam cik jannah...
    Hamboih,sakan noh p sabah.hehehe.
    Ni.sy nk tnya.yg pergi pulau nek bot en arman 2 ok x.safety x.boleh dipercayai x.huhu.tlg la jawab ek.

    ReplyDelete

Oh!Belog