10 March 2014

#‎Pray4MH370‬ - 10 MAC 2014

Bismillah.

Saat ini, masuk hari ketiga dah, dan dunia masih lagi menunggu jawapan yang pasti tentang misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Allahu. Siapa yang tak sedih bila jadi macam ni kan? Cuba bayangkan kalau salah seorang keluarga kita yang ada dalam tu.


Mari sama-sama kita doakan supaya Allah tunjukkan jalan dan kebenaran. Ada hikmah di sebalik semua ni. Ada hikmahnya. Cuba duduk diam, muhasabah dan renung balik. Allah nak kita bersatu setelah berpecah belah menghadapi pelbagai perbezaan pendapat. Allah rindu nak dengar suara hambaNya meminta dengan sepenuh pengharapan kepadaNya. Dan ini juga bukti kekuasaan Allah yang mampu melakukan APA saja.


Jangan timbulkan apa-apa spekulasi. Kita hormati dan jaga perasaan keluarga mangsa dan orang yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini terutama staf-staf Malaysia Airlines yang kita tahu mereka tak akan duduk diam saja mengharapkan berita datang sendiri. InsyaALLAH, time will heal.

Biasalah. Bila jadi macam ni tetiba semua jadi ustaz-ustazah yang tetiba boleh dok tafsir ayat Al-Quran yang berkaitan nombor tuuuu, tiba tiba menghukum mereka dan boleh pulak tetiba jadi banyak engineer dan pilot. Dan boleh pulak tetiba ada banyak kenalan yang ada kaitan dengan kes. Biasa laaa bro. Jadi, kalau tak tahu, baik diam. Takut jadi fitnah. Kes lain pulak.

Dan jangan lupa, doa dengan minta-tadah-tangan dekat Allah, selepas solat atau di mana-mana. Bukan hebat dan kencang kat laman sosial saja. *kilat sabung menyabung*

Sebenarnya, aku cuma nak kabo, hari ni aku masuk kerja. Hari pertama sebagai staf. Kalau tiga bulan lalu aku masuk sebagai pelajar praktikal, hari ni dah lain status. Terima kasih buat yang menyokong aku. Terima kasih buat yang sentiasa bagi kata semangat untuk aku.

Lepas ni aku akan hadapi satu lagi perjalanan hidup yang baru. Bila bekerja ni, dia lain sikit. Dia tak macam waktu belajar. Masa ni kita rasa susah nak cari duit. Baru kita hargai sikit. Kan? Jadi Jannah, go go go! Allah ada dengan kau. Jangan takut untuk melangkah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

  1. sekadar doa dan tunggu... tak berani komen lebih... apa yg kita tak nampak Alla nampak...

    ReplyDelete

Oh!Belog