28 January 2016

#jannahpower : Project Cat Shelter Diana

Bismillah.

Sapa yang rapat dengan aku dia akan tau kesukaan aku dekat kucing dan paling utama dia akan tau aku punya impian untuk bangunkan sebuah pusat perlindungan kucing. Sebenarnya, ada dua, satu rumah anak yatim dan satu lagi pusat perlindungan kucing terbiar. Cuma kalau anak yatim ni lain sikit sebab kita nak kena manage manusia. Bila dengan kucing, lain sebab diorang ni binatang kan. Hehe.

Jadi, disebabkan ada beberapa kekangan yang buat aku tak boleh nak handle sorang dari segi kewangan, masa dan tempat contohnya, maka aku mula join group yang berkaitan kucing dan aku ternampak ada seorang insan yang berhati mulia ini iklankan untuk bangunkan projek pembinaan pusat perlindungan untuk kucing-kucing terbiar. Diulangi, kucing terbiar ye, Bukan yang jenis baka mahal ya rabbi tu. Hehe.

Maka, lepas aku join group Whatsapp diorang, aku nampak usaha kakak tu. Dia sangat sayangkan kucing dan Allahu, Tuhan macam mudahkan urusan aku untuk bantu kakak tu. Kami cuba bantu mana terdaya lah. InsyaALLAh dalam masa terdekat ni aku nak pergi lawat tapak kat Sabak Bernam. Nak usha anak anak bulus kat sana.

Dan kepada yang ikhlas nak menolong, anda boleh salurkan bantuan kat no akaun kat bawah ni ye?

Assalammualaikum.

Dengan Rendah hati, mohon bantuan daripada kawan-kawan semua walaupun sedikit untuk bantu saya untuk kos makanan bagi pada anak-anak stray ini.

Saya Ronda utk bagi mereka makan dan untuk pengetahuan, saya dah tak cukup tempat untuk bawa balik semua. Sangat-sangat sedih bila saya ke pasar harga ikan yang mahal dan tiada peniaga yg beri ikan. Kitten dan ibu mengandung selongkar sampah, yang tua terketar ketar mencari air utk minum dlm cuaca panas terik dan kitten yang mati di gigit Anjing.

Saya tak mau kata apa-apa lagi. Tak guna pun. Makin ramai yg membuang kucing-kucing di pasar Mahu pun kedai makan. Silakan. Teruskan usaha Anda. Melebihi 140 ekor kesemua nya termasuk tepi2 jalan yg saya bagi makan. Fikir lah...Saya juga bukan orang senang. Ada yg Nasihat saya ikut Mampu. Saya mampu Tenaga tapi sangat kurang dana. Hanya Allah yg tahu bagai mana nya saya mencari Rezeki menampung Anak2 bulus ni.

Kalau Anda pencinta kucing, mampu Kah Anda berlalu pergi membiar kan kucing menggesel kaki Anda untuk sisa makanan dan tekak yg kehausan?? Saya tak mampu. Di sini saya sertakan no Akaun BSN untuk dana makanan untuk anak-anak bulus yang saya tolong.

10148-29-00013201-2
Diana kamaruddin

Akaun maybank sekarang ini dikongsi untuk dana shelter & open donation utk ubat dll.

Mintak kerjasama sesiapa yg bank in, tulis utk food stray cat dan perubatan untuk rujukan.

Maybank 162094173618
Diana Kamaruddin

Klu Nak datang tengok sendiri saya boleh ambil di pekan sabak bernam. Maaf..Saya tidak dapat beri Alamat. Banyak kali kucing diletak tempat saya. Ada Kala mencecah belas ekor. Tanpa saya tahu Siapa yg baik hati. Pada yg sudi membantu..Saya ucap kan terima kasih byk.

Pada yg ikhlas Sahaja. .tiada paksaan.

Mana tahu, kucing kucing inilah yang akan mendoakan kesejahteraan kita kelak. Kalau tak dibalas di dunia, di akhirat sana. InsyaALLAH.

 Jadi, tolonglah viralkan! Benda baik kot!
 
 
 

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog