07 September 2017

Lawatan Sambil Belajar Cikgu Jannah ke Petrosains dan Aquaria

Bismillah.

Fuh, gigih betul. Balik dari lawatan tadi dah pukul 10. Tetiba malam ni update terus. Takut lupa. Bukan apa, jadi blogger ni, bila #writerstuck ni yang rasa nak maki hamun semua. Nak pulak lepas mandi tetiba tak mengantuk padahal sekarang tengah letih gila. Tak rasa kaki dah ni.

Semuanya macam biasa, last minit plan. Bebudak asyik tanya tak buat lawatan keee apa bagai. So, kita buat tengok. Saja pilih Petrosains dengan Aquaria. Ya Ampun, macamn i eh rasanya seorang cikgu nak kawal anak anak mereka. HAHAHA. 

Kalau mak ayah kawal anak sendiri berapa orang je pon rasa nak mengamuk, bayangkan seorang cikgu kawal anak ORANG LAIN, dah tu sorang cikgu 10 budak yang bukan anak dia. Fuhhh. BAYANGKAN PLEASE. SO mak ayah, sila jangan banyak komplen. Tolong cikgu sama #tetiba.

Jadi, kami bertolak seawal 730 pagi ke KLCC. Syukur sampai awal sikit. Orang pertama okay yang masuk Petrosains. Nasib hari biasa, so tak ramai sangat. Tapi mahu roboh KLCC tu bila bebudak ni masuk. HAHAHA. Bayaran hampa cari sendiri kat website Petrosains dan Aquaria. Malas aku nak taip.

Geng Bas 1. Tengah tunggu Bas 2.
Masa ni semua macam baik kan? MACAMkan? Hampa tunggu sat. HAHAHA. 

Naik kereta kabel eh nama dia? Semua nak berdempek.
Kebetulan ada pertunjukan sains. Amboi, syok depa no?

Eh tertinggal pulak gambar nak masuk
Eddin. Seharian pegang tangan aku je. Budak tadika. Tak boleh lepas nanti dia lari.


Lepas penat berkejaran dengan depa dalam Petrosains, kami dok settle nak bagi depa makan. Takdan nak tangkap gambaq dah aih. Gila hang depa macam apa. Aku dok dalam ekod pon peluh bercerau.

Dah makan terus pi Aquaria. Aku beli tiket awai2 takut nantiiiiii habis. HAHAHA.

Kakak dan Abang Aquaria yang ohsem!

Tak banyak gambar dalam Aquaria sebab eddin tu takmau jalan. Dia nak aku dukung. YA AKU ULANG. DUKUNG. Allahu senget pinggang aku weh. YAng si Rayyan plak tengok aku dukung Eddin dia nak pegang tangan kanan pulak. Allahu. CIkgu penyayang ni.

Tapi best la tengok ikan. masa kami sampai ada pertunjukan bagi makan ikan jerung! Wahhhh!

Jom nak balik dah. CIkgu dah capek!

Oh, sempat design ni saja utk bebudak ni. Biar deme pakai. Hehehe.
Jadi, sesiapa yang nak pergi jalan jalan ke boleh bawak anak menakan bawak anak buah semua untuk jalan jalan best ooooo sebenarnya cuma aku takdan hayati semua benda sebab dok lawan ligan bebudak ni. HAHAHAHA. SUNGGUH WEH. AKU NAK MINTA MAAF KAT CIKGU AKU DULU KALAU AKU BUAS MASA SEKOLAH. HAHAHAHAHHA.

Terima kasih semua. Ustazah happy sebab hampa semua syok!

Yang penat namati,

Ustazah Jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

  1. Cikgu saya nak tanya ,cikgu bawak students cikgu makan dimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf baru baca komen. kami bawa makanan sendiri

      Delete

Oh!Belog