22 May 2020

Dokumen Perjalanan Terhad untuk Sabah dan Sarawak

Dokumen Perjalanan Terhad untuk Sabah Sarawak.

Alhamdulillah, KPM baru saja keluarkan pengumuman untuk tarikh lapor diri di sekolah masing-masing pada 10 Jun 2020. Walaupun PKP/PKPB ini akan bersambung atau tidak, lapor diri tetap diteruskan.

Oh ya, aku tak sempat buat entri tentang aku ditawarkan sebagai Guru Interim SK/SJKC dan akan ditempatkan di Sabah. Nanti la aku buat bila rajin.

Untuk para guru daripada Semenanjung yang bakal ditempatkan di Sabah dan Sarawak, satu perkara penting cikgu kena tahu, kita kena ada passport biru ataupun Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) ya.

Ini dikira macam passport atau pengenalan diri kita bila kita di luar Semenanjung. Nak guna passport merah pun boleh, boleh terus masuk Brunei. Hehe.




Okay, apa yang penting cikgu-cikgu perlu tahu, akan saya senaraikan di bawah ya.

Haritu dah buat DPT masa sebelum PKP, tapi sebab masa pergi tu sistem tengah down, so tinggalkan dokumen. Sekali PKP tak boleh keluar rumah, maka, berhuhu la aku.

Sebelum pergi ke Imigresen, sebaiknya Google Imigresen mana yang ada buat servis DPT sebab tak semua imigresen ada. Boleh klik link INI.


Macam aku, buat dekat Shah Alam, yang dalam PKNS tu ya. Bukan kat UTC. Situ tak buat.

Ini apa yang cikgu perlu bawa (ikut yang paling senang ni aku bagi. Tak mau renyah)

  1. DIRI SENDIRI. Tolong ya, tak boleh wakil.
  2. KAD PENGENALAN. Wajib!
  3. SURAT TAWARAN PEKERJAAN. (In case dia minta, sebab ada tempat tak minta. Tapi aku bagi je sebagai bukti.)
  4. GAMBAR SAIZ DPT. Background mesti putih. 2 keping. Contoh gambar macam ni. Tak boleh jauh, kena dekat. Pergi dekat kedai gambar, cakap nak buat gambar untuk DPT.
  5. DUIT RM5. Diingatkan, DPT ni renew setiap lima tahun dengan harga RM5 sahaja. Murah kan? Dan, sekarang segala urusan di kaunter Imigresen semuanya cashless. Guna kad debit/kad kredit sahaja. Okay?
  6. BORANG. Boleh download di website imigresen ataupun pergi je kaunter nanti pegawai tu bagi borang. Mudah kan?

Semua akan siap dalam masa satu jam.

Bila dah siap, semak dan puas hati turunkan tandatangan and you’re ready to fly!

Okay semua? Tak faham boleh tanya.

Doakan aku ya!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog