31 December 2013

Goodbye 2013. Hello 2014!

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ini, hari terakhir tahun 2013. Last chapter, 365 of 365. Esok, bermula satu permulaan tahun baru. Azam tahun lepas pon aku taktau ada ke tak, jadi tahun ni malas beno nak fikir azam. HAHA.

Aku tak ingat sangat kronologi perjalanan kisah hidup aku. Tapi setakat nak imbas kembali acah acah throwback ni, mesti la aku power. Eh, bukan power, bolehlah. Aku ni kadang kala sentimental gak. HAHA.
 
Terlalu banyak kenangan aku. Semua bercampur dari pahit manis masam masin suka duka sedih gembira jadi satu kenangan dan pengalaman yang aku sendiri, bila duduk sorang boleh tahan sengih sambil geleng kepala jugak la. HAHA.

Apa ada dengan tahun 2013 aku?

Tahun ini aku sudah kurang bermain dengan soal hati. Aku banyak fokus dengan kehidupan aku yang lain. Penat lah nak layan perasaan, suka orang tu orang tak suka kita, tengok dia happy dengan hidup dia pun dah okaylah. Aku malas. Yeay, aku berjaya!

Tahun ni juga tahun terakhir pengajian aku. Walaupun tengah praktikal, suka hati la nak kabo last year pon! HEHE. Kenangan aku berhempas pulas buat FYP, sedia nak viva, buat assignment, entah kenapa, kelas sosiologi ni selalu sangat dok dalam kepala, mungkin sebab kelas tu start hari isnin pagi pagi pukul 8. MUNGKIN. Terima kasih buat supervisors aku, terima kasih buat sahabat yang sentiasa menyokong di belakang. *lap air mata*

Viva Final Year Projek 2, 16 September 2013
Tahun ini juga bagi aku satu pengalaman baru, pengalaman dunia pekerjaan. Masa ini digunakan untuk memanfaatkan. Walau baru praktikal sebulan lebih, walau hanya sebagai pelajar PRAKTIKAL, INTERNSHIP dan LATIHAN INDUSTRI, tapi pengalaman tu buat aku rasa aku makin kuat hadapi. Kenal bermacam orang luar. Sampai ada satu tahap, aku diam dan diam. Malas nak layan. Eh, ada kaitan? Lantak!

Hari Pertama praktikal di Alfafa Group, 27 November 2013.
 Terima kasih bohhh jadi kawan kami yang paling awesome sepanjang kami kat sini. Banyak benda baru saya belajar. Banyak juga tips nak hadapi dunia luar. Terima kasih.

Hey SMUNians, kenangan dengan hampa paling buat aku tak boleh lupa. Tak sangka, sampai Sabah kita po no? Ulu Yam, iftar, overnight lepas iftar, pi downtown Cheras, pusing Shah Alam, pastu sahur kat KFC seksyen 7, dan macam macam lagi. Woi, aku sedih la natang! *tengok gambar-gambar SMUM*

Konvoi Raya

Iftar 2013

Kundasang, Sabah

Kelas Pendidikan Sosial, BATAL!
Hey Tila, LIMA tahun kita bersahabat, terima kasih sekali lagi dan maaf atas segala kekurangan. Kau sahabat terbaik aku. Walau sem lepas kita agak jarang bersama, tapi kau tahu kan, aku rindu nak makan sama ngan kau, tidur ngan kau, pegi kelas ngan kau, gi tengok wayang dengan kau, dan aku tau, you feel the same with me, and i just know why. Serius Tila, I love You.
Hatila dan Aku :)
Last, sahabat P6-801-B aku yang banyak bersama saat susah senang, Ain, Sidah, Akak Farah, Amni, Adiba. Hey, tiada kata mampu aku capkan. Aku sayang hampa. Sangat. Sangat. Thanks. :)

Hey kawan. Terima kasih untuk potret terindah ini. Terlalu indah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga ukhwah kita, sampai syurga.

Ingat. Bersahabat, kerana Allah. Tiada yang lebih tiada yg kurang. Ada hari kau jatuh, yang lain hulur tangan membantu. Ada masa, terbalik. Indah aturan Tuhan. Terima kasih sahabat!
 


Dan PALING penting, buat keluarga yang banyak menyokong aku sepanjang saat aku. Terima kasih Mama, Tok dan lain-lain.

 
Adoi, penatnya taip. Sudahlah nak throwback. Yang lain, biar aku simpan dalam hati. Semoga kita berjumpa lagi tahun depan. Amboi, macam jauh je lagi kann? Haha.

Jadi, selamat datang 2014. Semoga masih diberi kesempatan bertemu. InsyaALLAH.

p/s : gambar haruslah semua yang throwback 2013 okay ! HEHE.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. Semoga tahun depan membawa 1000 keberkatan. Amin

    ReplyDelete
  2. kenangan zaman belajar mmg sukar dilupakan... macam2 kenangan macam2 benda kita belajar...salam tahun baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? boleh nangis woo fikir. :)

      salam tahun baru!

      Delete

Oh!Belog